Wednesday 21 March 2018

Pengalaman Shopping di Shoppe.my (Dompet)

Salam...


Siapa suka shopping barang di Shopee.my ni?..kamu rasa siok ka tidak?...bagi aku setakat ni memang best beli barang-barang di sini, sebab kita boleh dapat free postage mengikut jumlah harga barang yang kita beli di sesebuah kedai dalam Shoppe ni. kemudian, kalau la ada bayar postage pun tak mahal sangat, pernah hari tu kos postage RM1 lebih ja, aku tak ingat barang apa tapi memang kos postage dia serendah itu. But, tidak semua barang di Shopee tu kos postage dia sama, kamu boleh pilih sendiri barang yang kamu mau beli pada harga yang berbeza dan barang yang sama (macam trivago pula ^_^)....

Setakat ni semua barangan yang aku beli di Shopee ni kos postage dia di bawah RM10 dan PERCUMA walaupun barang tu dari semenanjung...best kan !! barang pun berkualiti dan murah, walaupun pernah tertipu sekali dengan seller tu !! ..Seller tu jual handbag punya lawa dalam gambar, design handbag tu memang famous la orang suka masa tu dan aku terjebak minat sekali ^_^..maka aku beli la satu, sekali sampai kat tangan memang hampa la, dalam gambar lain.. sekali sampai kat tangan kita lain pula. Material handbag tu memang kurang berkualiti dan berbeza dengan gambar yang seller paparkan kat Shopee. Tapi, situasi masa tu tidak la memfobia aku untuk beli barang secara online ni sebab apa yang kita dapat tu dah kira rezeki la untuk kita....kan !!

Memang kita beli barang yang bukan jenama terkenal seperti Coach, Channel, LV dan lain-lain lagi, tapi kalau beli mahal pun dan tak jaga dengan baik...sama juga, kau cincang pun pasti akan hancur ^_^...Bah !! sudah tak bekunyayang tah pulang....aku cuma mau review satu kedai di Shopee ni jual Wallet yang murah, cun dan berkualiti (di mata aku). ^_^ Macam-macam lagi yang Kedai ni jual...kamu boleh stalker ja barang-barang yang ada di sana...insyaAllah barang kamu akan sampai dengan selamat.

Nama kedai : syjayaniaga






Ni antara warna lain untuk wallet ni...simple dan saiz yang cute
Nak cari kedai tu, boleh search di Shopee.my macam ni..


Hati-hati shopping online tau....semoga kita jumpa sellers yang jujur sentiasa, insyaAllah....

Happy Shopping semuaaa !! ^_^






1 comment:

  1. cantiknyaa wallet :D dah lah kaler pink...
    follow sini #13

    ReplyDelete