Hari tu adalah bekesempatan jalan-jalan ke Kundasang kejap. Pegi ke perkampungan lembu ni tengok lembut-lembu kat sana, dan nak memborong susu-susu lembu sekali. ^_^
LOKASI
Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di Kaki Gunung Kinabalu, nak pegi sana lalu jalan ke Mesilou. korang juga boleh nampak Farm ni dari Pekan Kundasang.
YURAN MASUK
Warganegara Malaysia :
- Dewasa : RM5.00
- Kanak-kanak : RM4.00
MASA MASUK
Setiap hari, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
So, apa yang menarik nya di sini? bagi aku yang menarik di sini tentu la view dia, tambah lagi dekat dengan kaki gunung, tak sah kan kalau tak ambil gambar kat sini. Ibu bapa nak datang tu bawa anak-anak kat sini, tengok lembu dan kambing.^__^..serta borong la susu berkotak-kotak. Makan yugort ais krim dan susu ais-krim....sedap dan freshhh. Antara makanan lain yang ada kat sini seperti puding, minuman beperisa selain susu, pop corn, sausage dan makanan lain aku lupa pula. ^_^
Okey kat bawah ni adalah beberapa gambar yang sempat aku snap.
Ramai betul orang datang sini, masuk cafe nak beli makanan dan minuman kena berbaris tau...semua orang dah besar dewasa, tak payah nak berebut ..ok !! ^_^ |
Okey ni saya share juga bagaimana susu kat sini di proses, maklumat pemprosesan semesti nya aku dapat dari sini juga ^_^ :
1. Memerah susu.
2. Penyimpanan, susu di tangki sejuk susu mentah.
3. Ujian kualiti di lakukan untuk memastikan tiada sisa antibiotik wujud didalam susu dan untuk
memestikan tahap SCC mengikut kualiti Desa,
4. Proses Homogen iaitu proses mekanikal untuk memecahkan globules lemak agar susu dapat
memberikan rasa yang lazat dan tekstur yang sempurna.
5. Proses Pastuer , iaitu proses pemanasan dengan masa yang cepat untuk memusnahkan
mikroorganisma dan untuk memastikan susu selamat untuk di minum (75°C).
6. Penyejukan di lakukan untuk menurunkan suhu susu serta-merta selepas susu Pasteur (4°C).
7. Proses pengisian & pembungkusan susu.
8. Penyimpanan, proses penyejukan bagi susu yang telah di pek pada suhu (2°C- 4°C)
9. Susu di edarkan, susu di bawa lori sejuk pada suhu 0°C - 3°C
Jangka hayat maksimum susu ni adalah 10 hari dan tahap kesegaran selepas di buka pula adalah 3 hari.
Antara bunga yang ada kat sini, nda sah kalau nda di snap :) |
No comments:
Post a Comment