Wednesday 30 November 2016

Beli Bunga dan Sayur di Kundasang, Sabah

Assalammualaikum...


Datang Kundasang, macam-macam sayur ada, penduduk di sini tanam sayur sendiri di lereng-lereng bukit dan menjadi salah satu pendapatan kepada penduduk di kawasan Kundasang, kita pun macam tertarik untuk berkebun sebab suhu yang tidak panas dan seperti berkebun dalam ruang aircorn, tak panas tarik^^. Kebun-kebun penduduk sini rata-tata di persekitaran rumah ja, dekat kan. Cantik kulit jika hari-hari makan sayur segar.^^

Berdekatan dengan pekan Kundasang, semasa dalam perjalanan ke Pekan Ranau juga ada menjual bunga-bunga yang cantik dan segar, dijual dengan harga yang berpatutan. 

Masa ni hujan turun rintik-rintik, ramai orang singgah di tempat jual sayur, parking kereta pun main masuk ja depan pasar mana kawasan boleh parking, hantam ja lah^^..



Bunga Daisy pelbagai warna Satu pasu bunga daisy ni RM15, kalau mau tanam benih daisy baru guna biji benih dari bunga daisy tu ja.


Kedai bunga berhadapan Gerai sayur

Bunga ros wangi dan segar ni jual RM10 sejambak, strawberry tu pun RM10 juga, di jual di pasar sayur.


No comments:

Post a Comment