Tuesday 29 November 2016

Rose dan Strawberry Garden di Kundasang.

Assalammualaikum...


Semasa jalan-jalan ke Kundasang, Sabah. salah satu tempat yang menjadi pilihan adalah ke kebun bunga dan kebun Strawbery.... bunga-bunga yang cantik dan strawberry yang comel. Rose dan Strawberry Garden ni terletak betul-betul di kawasan pekan kundasang dan berhadapan dengan Smk. Kundasang, mudah saja mencari lokasi...

Bayaran masuk RM2.00, mula-mula masuk hari tu ingatkan kecil ja...rupanya agak luas juga kawasan bagi aku. Pelbagai bunga dan tumbuhan lain juga yang di jual di sini, antaranya ialah seperti bunga ros merah. ros warna pink dan ros kuning, kaktus pun banyak jenis dan size, bunga lain aku tidak tahu nama, tapi yang pasti semua pun cantik-cantik...

Selain itu, terdapat juga kebun tomato dan beberapa sayur-sayuran lain, firstime juga berada di kawasan kebun tomato seluas begitu, buah tomato yang telah masak mungkin telah di petik sebab tinggal yang warna hijau saja ja masa tu. strawberry juga mungkin telah di petik sebab hanya beberapa biji ja yang ada tu. ^_^...























SELAMAT BERCUTI

No comments:

Post a Comment