Monday 28 November 2016

Pemandangan Bandaraya Kota kinabalu Pada Waktu Malam.

Assalammualaikum


Kita sendiri orang Sabah pada mulanya tidak tahu pun di Kota Kinabalu (KK) ada satu tempat yang membolehkan kita melihat bandaraya KK dari bukit iaitu di Menara Pemerhati Bukit Bendera atau Signal Hill Observatory Platform . Untuk ke sini kita boleh melalui jalan yang bersebelahan dengan Padang Merdeka atau melalui Jalan Istiadat Likas, iaitu jalan untuk ke Stadium Likas.


Semasa melihat pemandangan bandar, perkara yang menjadi perhatian adalah meneka bangunan.....meneka di mana Centre Point, Suara Sabah,Meridien Hotel dan lain-lain, boleh tersilap juga meneka nya.



Jika hendak datang ke Menara Pemerhati ni pada waktu malam,sebaiknya naiki la kenderaan kerana  jalan berselekoh, berbukit dan agak gelap. Kawasan tempat letak kereta di sini agak terhad,berhati-hati semasa meletak kenderaan kerana di sana permukaan parking tidak rata. Masuk adalah percuma.

Di Menara Pemerhati juga ada di sediakan kedai dan tandas (bayar 30 sen untuk masuk).




No comments:

Post a Comment