Monday 28 November 2016

Jalan-jalan ke Taman Pertanian Tenom, Sabah.

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan...

Perjalanan tanpa di rancang, berkesempatan juga ke Taman Pertanian ini. Ada apa di sana? Taman pertanian Tenom mempunyai pelbagai spesies tanaman, dan terletak di Lagud Sebrang kira-kira 10 km dari Pekan Tenom. Di sini ada taman bunga kertas, Taman Bunga Orkid, Pokok buah-buahan,Tasik dan beberapa kawasan lain lagi yang tidak dapat kami jalani kerana penat berjalan dan cuaca agak tarik ketika itu, tambah-tambah lagi persekitarannya yang agak luas.... basikal dan motosikal sudah tidak digunakan lagi sebagai kenderaan sampingan untuk pelawat di sana. Kami dan pelawat-pelawat yang lain hanya di bawa melawat menaiki train comel untuk ke beberapa kawasan tertentu sahaja. Jika ingin melawat ke sekitar lain di Taman Pertanian tu kena jalan kaki. Kami agak gigih juga,maka kami berjalan kaki...bukan selalu datang sini, setelah penat berjalan kami kembali ke lobi utama...rasa nya pelawat-pelawat yang bersama satu train dengan kami tadi sudah pun pun pulang. 

Ini merupakan pertama kali kami ke sini. Walaupun dengan berpandukan GPS, kami tetap bertanya kepada penduduk tenom lokasi Taman ini bagi memudahkan hala tuju dan menimatkan masa kami8. Aku fikir, taman ni lokasinya sebelum sampai Pekan Tenom, tapi kena melalui Pekan Tenom dan Sungai Padas juga. Kami melalui kawasan perkampungan penduduk  di sana... memang terasa agak jauh juga perjalanan ke sana.^_^....


Lobi Utama, beli tiket masuk di sini
Jadual tiket
Buah Kedundong sudah berbuah...tidak boleh di makan..hak pihak Taman ^_^
I love Nature
Ni daun buka teratai ke atau tapak bunga teratai nama dia?.... bersaiz besar dan boleh memuat saya jika duduk di atas nya.
Buah tarap, lebat buahnya..tapi belum ada yang masak...di masak cucur dan di makan begitu saja memang sedap di makan.
Ingat tau !!
Naik di menara ni dan boleh lihat pemandangan tasik.






Pameran maklumat tanaman.


Taman bunga kertas...




















No comments:

Post a Comment