Sunday 27 November 2016

Jom ke Pantai Sawangan, Kuala Penyu...Jom !!

Assalammualaikum..dan selamat berhujug minggu.

Sabtu lalu berkesempatan juga ke Pantai Sawangan yang terletak di Kuala Penyu, Sabah, kira-kira 7KM dari pekan Kuala Penyu dan berhadapan dengan Pulau Tiga. Sekadar untuk melihat-lihat pemandangan pantai, semasa datang ke sini hari tu terdapat beberapa orang yang sedang memancing di jambatan pantai Sawangan dan ada juga keluarga bermandi manda. Persekitaran nya tidak juga terlalu kotor dan tidak juga terlalu bersih, berada pada tahap sedarhana..yang pasti air laut clean and clear ^_^....

Apa yang aku perhatikan jambatan pantai ni telah pun di ubahsuai baru kepada lantai simen dan berpagarkan stainless steel mungkin, tidak la juga aku tahu sangat bahan yang di gunakan^_^. Dan pastinya dulu jambatan dan pagar pantai ni menggunakan bahan daripada kayu, dan kali terakhir jejak ke pantai ni ketika jambatan kayu tu sudah agak tidak selamat untuk di lalui kerana beberapa lantai nya telah reput dan ada bahagian yang tiada lantai. Air laut di persisiran pantai ketika itu pun kurang jernih berbanding sekarang, tengok dari jambatan pun rasa teruja juga hendak turun kan kaki menyentuh air pantai. Next time insyaAllah akan datang lagi ke sini...








Laman sosial :
Fb Page 》ilovebunga89.blogspot.my
Instagram 》@ilovebunga

"Sesungguhnya tempat yang menarik itu datang dari pandangan yang berbeza :) "

No comments:

Post a Comment