Saturday 15 December 2018

5 Tips Menjaga Luka Selepas Bersalin


                     
Luka selepas bersalin jika tidak di Jaga dengan baik akan menyebabkan jahitan terbuka semula dan terpaksa juga di jahit semula. Bagi pengalaman saya sendiri yang pernah terbuka jahitan dan di jahit semula, terpaksalah menahan sakit jahitan kali ke-2 yang memang terasa amat sakitnya walaupun sudah di bius tetap terasa sakitnya, umpama tak di bius gitu.

Maka, para ibu yang bakal dan sedang bersalin, Jaga la luka-luka itu dengan baik dan sebaik nya jika tak nak sakit di jahit berulang lagi.

Boleh ikuti tips penjagaan luka bahagian intim selepas bersalin di bawah :

1. Keringkan Luka
Samaada selepas mandi atau ke tandas, bahagian luka bersalin kenalah di keringkan. Samaada mengunakan tisu, tuala lembut dan pengering rambut pun boleh. Kemudian, baru la kita letak ubat cecair yang di berikan oleh doktor,

2. Mengawal Pergerakan Di Mana Saja
Selagi luka bersalin masih terasa sakit dan belum sembuh, kawal lah Pergerakan anda. Pergerakan yang tak terkawal akan memyebabkan luka boleh terbuka semula. Selepas saya bersalin dulu, luka terbuka semula padahal saya sudah cukup berhati-hati dan lebih ayu untuk bergerak. Setelah dijahit semula kali kedua, saya mengenakan bengkung manual, maka pergerakan saya lebih terkawal, saya ingin melangkah pun bengkung yang kawal. Alhamdulillah..pengalaman bersalin anak pertama dulu.

3. Tukar Tuala Wanita
Tukar tuala wanita setiap tiga atau empat jam, ini akan membantu kurangkan kelembapan yang lama pada intim. Dan boleh menggelakkan jankitan kuman pada luka.

4. Ambil Vitamin C dan Zink
Kedua Vitamin ini akan bantu luka untuk sembuh dan kering. Ambil vitamin ikut dos yang di tetapkan agar luka sembuh dengan baik dan teratur.

5. Elak Sembelit
Sembelit memang merisaukan jika dikaitkan dengan luka bersalin di bahagian intim. Minum air putih secukupnya dan makan banyak buah-buahan, sayuran hijau serta sumber kalsium, sumber makanan ini akan membantu kurangkan sembelit dari berlaku.

Buat bakal ibu yang akan bersalin atau ibu sudah bersalin dan sedang mencari SET BERSALIN SHAKLEE, boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Bersalin tersebut. Kalau nak suplemen lain seperti Vitamin C & Zinc pun boleh.

Boleh hubungi saya di :
Whatsapp: 016-8285611
Personal Fb : Yana SSurianah
Instagram : @yanass.shaklee



No comments:

Post a Comment