Wednesday 30 November 2016

Lawatan EKSA 3/2015 di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Assalammualaikum...


Lawatan peserta Kursus EKSA kali ini adalah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah yang terletak di Kompleks Pentadbiran, Kota Kinabalu, Sabah. Memang excited menyertai Kursus EKSA ni, sebab salah satu kelebihannya adalah lawatan ke Jabatan yang telah mendapat persijilan daripada pihak MAMPU. Bagi Jabatan yang mendapat persijilan daripada pihak MAMPU ni mestilah mempunyai ruang pejabat yang selesa, bersih, sedap mata memandang dan tiada berserabut.

Jom !! tengok beberapa gambar yang sempat aku ambil, gambar kurang kualiti sebab di ambil guna kamera handphone saja.

      Yang senyum manis ni Puan Hafiezah, dia penceramah kursus EKSA semasa berada dalam bilik kursus, dia berada di ruang hadapan bas sambil menunggu beberapa rakan kursus yang belum berada dalam bas. Lawatan ni adalah naik bas ye, supaya semua peserta kursus datang ke tempat lawatan secara serentak.

     Ni semasa kami sudah sampai di bangunan Jabatan...terletak di blok A Kompleks Pentadbiran, Kota Kinabalu.

     Ruang Kaunter pertanyaan.

     Sebelum membuat lawatan ke ruang pejabat, ambil gambar santai dulu jap ^_^..sementara tunggu Encik Arfian (Penolong Setiausaha) dan Encik Joumil (Penolong Pegawai Penarangan) memberi beberapa taklimat EKSA di bilik mesyuarat.

Hidangan Minum pagi untuk perserta Kursus


     Soket yang di labelkan dengan warna berbeza agar memudahkan untuk kita mencari di mana lampu yang kita mau ON/OFF.


     Sijil EKSA daripada pihak MAMPU yang di serahkan pada 14 April 2015.. Seribu tahniah di ucapkan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

        Selain itu Pejabat Setiausaha Persekutuan juga mendapat Anugerah seperti
  • Pencapaian Penarafan 5 Bintang dalam Malaysia Goverment Portals and Websites Assessment 2013.
  • Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2010.

     Ruang bilik cetak

     Susunan fail, yang berkonsepkan puzzle supaya senang letak balik di mana kedudukan fail yang telah kita ambil, berdasarkan keselesaan dan kreativiti kita. Sertakan nombor dan fungsi fail sekali.

    Susun atur kertas yang tersusun.


      Ruang kerja yang simple dan tidak terlalu banyak barang, ni bukan tidak kemas, ni adalah suasana semasa bkerja.

      Pemandangan dari ruang Pejabat Setiausaha Persekutuan, ada bentuk hati di awan biru.... ^_^

      Ni ruang tengah meja bilik Mesyuarat...gambar-gambar tu adalah bangsa-bangsa yang terdapat di dalam negeri Sabah.


  Encik Arfian(kiri) dan Encik Joumil(kanan) memberi taklimat sebelum sesi lawatan diadakan, kedua-dua nya memakai coat berwarna hitam.


    Pasu-pasu yang dibuat sendiri oleh staf Jabatan ini sendiri dengan menggunakan surat khabar...kreatif sungguh..

      Susun atur fail yang dilabelkan dengan disertakan Fungsi fail, No.Fail, perkara dan tarikh fail di tutup. Sebelum fail dibawa keluar dari bilik fail, nama dan tarikh mestilah dicatitkan di dalam kad pengenalan fail.

   Ni pula bilik alat tulis, bagi aku memang kemas tersusun, bersih dan seragam.

Petunjuk ni aku suka, macam di shopping mall kan ^_^... kreatif. 

  Magic eyes! Ruang santai.... tidak terlalu di tampal dengan gambar-gambar aktiviti kerja

Ok itu sahaja beberapa gambar yang saya kongsikan.

Kesimpulannya, lawatan di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah memberi pengalaman dan pengetahuan kepada saya untuk bagaimana menjalankan perlaksanaan EKSA di ruang Pejabat yang mempunyai keluasan sederhana.... Bersih, kemas, ceria dan ruang yang tersusun.

Lepas ni, andai andai rezeki menyertai mana-mana kursus yang berkaiatan EKSA semoga dapatlah membuat lawatan ke Jabatan yang mengeluarkan persijilan itu sendiri. ...iaitu pihak MAMPU sendiri....INSYAallah... memang teruja ni... ^_^  

Ok ... byeee.. salam ^_^





No comments:

Post a Comment