Sunday 27 November 2016

Vincci Online Kini di ZALORA.



Siapa yang tak kenal dengan jenama kasut popular Vincci? Sejak dari kecil lagi kita sememangnya cukup familiar dan rapat dengan jenama kasut ini yang sentiasa menawarkan aneka pilihan koleksi kasut wanita yang trendi pada harga yang amat berpatutan. Berbanding dengan jenama kasut tempatan yang lain. Malah para pengkritik fesyen mengatakan, Vincci adalah antara jenama yang begitu mementingkan kualiti dalam penghasilan koleksi kasut wanita mereka, yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan!

Vincci sering menjadi pilihan ramai wanita modern kerana mereka menawarkan pilihan saiz yang meluas dengan rekaan kasut yang selesa dipakai. Temui aneka pilihan kasut seperti loafers, heels, flats, sandals dan banyak lagi untuk anda gayakan ke pejabat mahupun pada cuti hujung minggu.



Aku mula mengenali jenama Vincci ni ketika zaman study di IPTA dulu, kawan yang sama-sama study dengan aku membeli sepasang kasut wedges Vincci ketika tu...woww!! Siapa tak berkenan kan..tapi masa tu kita tengok je dia nampak wowW...tak mampunya nya memiliki lagi. Dia shopping Vincci di Cawangan Centre Point Kota Kinabalu, Sabah. Tingkat berapa aku tak pula ingat walaupun seringkali lalu lelang situ. Memang ramai peminat nya jenama ni, asal lalu kat kedai tu ada ja yang beli belah, terutama sekali semasa sale berlangsung.

Bukan itu sahaja, Vincci turut membawakan koleki beg tangan wanita yang trendi dan berkualiti juga pada tawaran yang amat menakjubkan. Erti kata lain, Vincci menawarkan aneka kelengkapan wanita yang berbaloi untuk anda miliki.




Berita baik juga buat semua penggemar Vincci, anda kini bukan sahaja boleh mendapatkan koleksi beg tangan dan kasut Vincci ini di butik-butik Vincci yang berdekatan, malah anda juga boleh membuat pembelian secara online di ZALORA Malaysia. Di ZALORA, kesemua produk boleh anda miliki dengan mudah dengan menikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Bukan itu sahaja, ZALORA juga menyediakan beberapa kaedah pembayaran yang selamat dan terjamin seperti pembayaran melalui online banking, kad kredit/debit, paypal dan kaedah bayar waktu terima di kawasan-kawasan tertentu.

Sesuai sekali dengan kita-kita di Sabah yang kerja jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu ni untuk shopping di Zalora, sebab di Kota Kinabalu ja cawangan Vincci paling dekat ... apa taknya memang sangat jimat,  jimat masa..jimat kos minyak, bayar parking dan yang paling penting sekali kalau aku jimat emosi sekali, stress kot tengok jalan sesak banyak kereta. Kalau beli online kat zalora, duduk-duduk sambil pilih kasut dan bag mana yang berkenan. Then, tunggu barang sampai.

Laman Web : zalora.com.my/vincci/
Like Facebook Page : Zalora
Follow Instagram : ZaloraMy
Follow Twitter : ZaloraMalaysia



No comments:

Post a Comment